Wednesday, 27 March 2013

Aku dah dilanda demam Setia Hujung Nyawa

No comments:
Assalamualaikum ..


 
Drama Setia Hujung Nyawa dah berakhir pada 7 febuari nie. Emm, memandangkan di hostel aku tak ada television so tak lah dapat menonton  drama setia hujung nyawa nie. Aku pelik ramai orang post kat FB pasal drama nie. Aku pun tertanya best sangat ka drama nie. Yang aku tahu drama nie adaptasi daripada novel Setia Hujung Nyawa karya Fatin Nabila. Masa aku baru pulang dari kelas, roommate aku, Kak Nisa tengah dok layan tengok drama nie. Aku pun menyelitkan lah diri nak tengok apa yang gempak sangat dengan cerita nie. Bila dah tengok satu episode ja terus hati nie tertarik nak tengok episode seterusnya. Aku akui cerita nie memang best sangat-sangat. Rugilah aku tak tengok sebelum nie. Hehe
Nak dijadikan cerita, aku nie memang ada perangai macam Ersalina sikit. Sikit je lah tak banyak. Haha. Aku memang kaki laptop. Aku boleh tahan duduk depan laptop selam 9 jam tanpa henti dan suka tengok drama Jepun dan Korea sampai tidur lewat. Hehe. Memandangkan sekarang aku tengah cuti mid term. Aku memang menghabiskan tengok drama Setia Hujung Nyawa nie. Mamy aku hairan kenapa aku asyik senyap ja. Habis mandi, masak terus masuk bilik berperap depan laptop. Bila mamy aku masuk bilik dan tanya ..

“ Tengok apa tuh? Drama Korea nie kan. Kalau tak drama Jepun”
“ Tak lah. Nie drama yang ada kat TV3 tuh, Setia Hujung Nyawa”
“Aiikk. Pelik. Sejak bila pula pandai tengok drama Melayu nie”

Nampak kan. Mamy aku pun pelik tetiba aku layan drama Melayu. Hehe. Honestly, Drama nie memang menarik minat aku dan sebab tuh aku demam tengok drama nie. Zain dan Er memang sweet dan bahagia je meskipun mereka ada krisis dalam perkahwinan. Hehe. Terus rasa nak kahwin pula. Erkk ? erkk ? terus pikir macam tuh. Gatai bebenor. Haha. Mamy aku tak kan bagi kahwin buat masa sekarang. Yalah, aku kan masih belajar kena-kena pula anak bongsu mak aiii. Susah sangat lah nak lepaskan aku. Hehe.

Berbalik kepada cerita setia hujung nyawa nie aku nak bagi sejuta terima kasih dan ucapan tahniah buat pengarah drama nie dan pelakon-pelakon Setia Hujung Nyawa. Korang dah tarik hati aku tengok drama korang sampai habis dan tarik minat aku tuk menyokong dan menonton drama Malaysia. Aku akui drama Malaysia kini dah ada peningkatan dan boleh berdiri sama level dengan drama dari Indonesia, korea, dan Jepun. Tahniahhhh ^^