Sunday, 7 July 2013

Gembira rasanya dapat tengok konsert One Ok Rock

No comments:
Assalamualaikum ...

Hati ku dah berbunga2. Hehe. Dapat juga aku tengok konsert One Ok Rock. Yahoooooooo ~ (^ O ^ ) meskipun konsert bukan di depan mata tapi lihat live secara streaming online. kegembiraan di hati hanya aku yang tahu. menjerit nyaring aku bila konsert One Ok Rock dah mula kat wowow live. ( sorry kat akak senior kat bilik aku. diorang geleng kepala ja tengok perangaiku. Akak sorry ya ^^,) Emm, aku tahu website nie pun sebab ada kawan dari social network bagi inform. kebetulan dia pun minat OOR juga. Pada mulanya aku minta dia tak bagi tapi, pujuk punya pujuk, dia pun bagilah linknya tuh. ^^ Thank you friend.

Konsert OOR bermula ari nie, jam 7 pm waktu jepun, jam 6 pm waktu malaysia. so, jam 5 aku tengok running man dgn kak nisa. Aku bukan peminat tegar running man tapi memandangkan kat link streaming tuh blh tguk channel sbs. Jadi tengoklah running man. Jam 6 konsert OOR main. Bukan kemain lagi aku tersengih2 menjerit2 happy. Hehe. Lagu2 diorang dalam konsert nie, majoriti lagu yang diorang pernah bawa masa konsert terdahulu dan lagu2 dari album baru diorang, macam lagu Clock Strikes, Onion, Ending Story, Be The Light, Juneville dan lagu terakhir diorang, The beggining. 

1 jam 30 minit macam tuh konsert diorang tapi meskipun, link broadband aku ada prob tetiba ambek buffering smpai seminit. Aku sabar ja. Tak marah. senyum ja. Haha .. Apapun, hati gembira dapat tengok konsert Live OOR meskipun secara streaming online. yeah!!        (^ -^)

Opening concert lagu Ending story

Buffering masa lagu RE:MAKE. Sabar je aku. Haha :P

Yeah !! Lagu Clock Strikes. dah lama nanti live versionnya. Hehe!

Be the light live version the BEST !!



Be the light. Ryota-san, taka-san, toru-san,dan tomoya-san.


Ramainya peminat OOR. Yokohama Audience mmg t'baiklah. ^^


Toru-san SAIKOU leader ^^


Tomoya-san do the best he can. SAIKOU drummer.


Juvenile. Sugoi ~ 


Harap ada lah lagi konsert Live OOR .. Tak SABAR nak tengok lagi. Hehe ^^
Jya Nee Mina ~

OOR aitakute .. hehe 


Daa ~




Monday, 24 June 2013

Semester baru dah

No comments:

Assalamualaikum ...

 Alhamdulillah. semester 2 dah berakhir. sekarang semester 3 dah. Result semester lepas. Okay jugalah. Alhamdulillah. Tak teruk cuma. x ada "A". Banyak B ja. Huhu ~ Apapun, semester 3 nie, aku kena usaha lebih lagi untuk sampaikan target. ^^ 

Okaylah. Short ja entri kali ne. Penat sangat tadi atur pdaftaran kat kampus tuk semester nie dan penat jumpa dengan coordinator sebab barisan untuk kos aku t'sangat lah panjang.

Ouh ya sebelum terlupa .. Hehe .. buat semua warga Malaysia. Sekarang negara kita tengah dilanda Jerebu. Oleh itu, elakkan riadah luar dan banyakkan minum air. Okay ? ^^

Tuesday, 18 June 2013

Sudah bermula dengan B.W

No comments:


Assalamualaikum ..

Buat kali pertama, aku begitu serius dengan sesuatu dan memikirkannya sehingga pening kepala dan tak cukup tidur. Bukannya apa, inginkan menjadi yang terbaik dan membawa sesuatu yang bermakna buat masyarakat.
 
Sekarang, proses ke arah itu sedang dilaksanakan. Latihan. Teknik. Rhythm. Tune. Semuanya nie, dilaksanakan. Kelmarin, aku sempat jumpa dengan adek angkat aku. Kami berbincang la tentang itu. Alhamdulillah. Adek angkat aku senang nak terima pandangan dan beri pendapat. Oleh itu, tugas adek angkat aku kena fokus dengan rhythm. Aku pula ? tune la dan belajar benda yang mencabar. Mudah-mudahan dapat la ya. Amin (^_^)  Haha. Yang lain ? emm. Belum ada masa nak jumpa yang lain.

 
Gitar adek angkat aku. Nak main tapi tak pandai.

 

Aku sangat berharap B.W dapat dilaksanakan dengan jayanya.
#3 tahun lagi ~ Jepun
#Cemerlang Insya Allah (^_^)

Friday, 14 June 2013

Kemaruk dengan One OK Rock

No comments:


Assalamualaikum …
Honestly. Aku dah kemaruk dengan One Ok Rock. Ehh ? One Ok Rock ? Kumpulan daripada Negara Matahari terbit, Jepun. Nama kumpulan nie sebenarnya adalah One O’Clock kerana mereka selalu jamming pada pukul 1 pagi setiap hujung minggu kerana mereka semua adalah pelajar sekolah tinggi ketika itu. Kemudian One O’clock jadi One Ok Rock sebab “R” dan “L” tak adalah jauh beza sangat bagi sebutan orang Jepun. Arh. Macam itulah macamana nama kumpulan nie tercipta. Kumpulan nie debut pada 2005. Sebenarnya mempunyai 5 org ahli kumpulan, iaitu Toru (Guitarist & leader), Taka ( Vocalist) aka my husbie. Haha. Gatai! , Ryota (Bassist) Tomoya (Drummer) & Alex (guitarist). Tapi pada 5 april 2009, Alex meninggalkan One Ok Rock (OOR) kerana beberapa sebab. Sekarang OOR tinggal berempat sahaja. 




Ryota, Toru, Taka (^^), & Tomoya


Emm ~ macamana aku tau kumpulan nie, berpunca dari cousie aku Lily yang post video music OOR “ Be The Light ”. Thank you ya cousie. Sejak tengok video mereka, dah jatuh cinta la pula. Sebenarnya aku tak ada masalah nak dengar lagu yang berunsurkan alternative rock, pop punk, dan post-hardcore. Sebab, aku pernah dengar lagu lagi dasyhat dari nie. Haha. Korang pun maklumkan aku nie ada 2 orang abang dan seorang akak. Jadi dominan nak rapat dengan abang2 aku. Jadi dipendekkan cerita abang2 aku dari kecik selalu bagi aku dengar lagu rock macam kumpulan Metallica, Slipknot, Linkin Park, System Of a down dan so on. Rock ka tidak aku ? eish tak rock. Just telinga dah lali nak dengar lagu sedemikian rupa dan aku juga merupakan peminat kepada kumpulan rock Linkin Park. Haha. Jadi, bila dengar lagu OOR. Kat minda nie asyik t’giang2 lagu OOR ja. Bangun ja lagu OOR, tidur ja OOR, mandi ja OOR dan makan pun OOR.  Ehh ? solat ja tak OOR, oke? Heheh =]

The Beggining MV : Credit to the owners.

Clock Strikes MV : Credit to the owners.

Watashi wa Koibita ^^



Lagu OOR sangat2 menarik minat dan addicted. Mana tak, Taka vocalist OOR aka my husbie tuh. Gatai lagi. Hehe. Suara dia, Ya Allah. Sedap betul dan sebutan English dia yang sangat lurus. Aish. Tipu je Taka nie, kata tak pandai cakap English konon. Padahal bila nyanyi, lurus bebenor. Haha. Banyak lagu OOR yang dalam bahasa English mix dengan Japan.  Untuk membuktikan kesahihan kata-kata aku nie, aku cadangkan untuk korang layan lagu dia yang tak punk rock or alternative rock, macam Wherever You Are, Notes 'n' words dan Pierce. Lagu Wherever You Are nie, dia tulis untuk kawan dia yang dah nak kahwin. Kalau korang pergi buka translation untuk lagu nie. Memang touching la lagu nie. Konfirm. Pierce pun macam nie, ehh. Maksud aku lagu tak dicipta untuk kawan dia tapi meaning lagu nie pun touching juga. 



adek Taka yg kat tengah tuh, pkai bju merah, Hiro.



Ehhh. Banyak bebel dah tentang OOR pula. Emm, nak ambil kesempatanlah, nak promote kumpulan band adek Taka, Hiro iaitu My First Story aka MFS. Debut 2011. Lagu2 mereka pun boleh tahan bestnya. Suara Hiro boleh tahan lah juga, dia punya suara hampir2 dengan Taka abang dia. Perbezaan suara diorang, Taka lebih gentlemen dan Hiro budak2 sikit.  Itu je. Cara nyanyian lebih kurang sama. Kadang2 kalau aku tengok video MFS aku pkir OOR. Hehe. Dah namanya adik b’adik. Memang ada persamaan kan.

Okaylah. Dah kemaruk dengan OOR, Taka nie. Haha. Jadi plan after 3 tahun nie, habis  degree nak pergi Jepun pula. Nak jumpa dengan Taka and the Band, (buat lawak jap. lawak yg x jadi. hehe ) nak try buat collaboration dengan diorang.  Doa2kan la ya b’hasil. Haha. ^^


Tuesday, 2 April 2013

Layan Vanila Coklat pulaaa

No comments:

Assalamualaikum ...
Aku masih dilanda demam Setia Hujung Nyawa. Sekarang aku layan pula drama Vanila Coklat. Cerita dah meletop2 masa 2011. Sekarang baru aku nak tengok pula. Haha ! maklumlah masa 2011 tuh kan aku tengah exam STPM. X ada chance la tengok drama ne. Honestly cerita nie memang sweet. Kena-kena lagi gandingan pelakon dia yang mantap Izara Aisah yang cute dan Aiman Hakim Ridza yang handsome. Watak diorang bawa memang terbaik cuma … drama nie terlalu pendek. Cubalah dipanjangkan sehingga 20 episode ke. Tak ke tuh lagi mantap. 




Apapun, aku nak nasihat kan buat adik-adik yang masih b’sekolah tuh. Mesti ada yang suka sangat dengan drama nie kan. Akak Edora. Waaa, akak ya. Hehe. Nak nasihatkan, contohi sifat Zara yang sangat pandai bahagikan masa untuk rumah tangga dan study. Dia tak pernah ambik jalan singkat dalam study dia. Result pula gempak 4 flat. Ahhh . Apa lagi contohi lah. Aku pun nak contohi lah sikap rajin belajar  Zara mana lah tau result aku semester nie lagi gempak dan hebat dari semester lepas kan. Amin !! ^^
Perancangan sekarang selepas dah tengok drama Vanila Coklat nak tengok pula drama Nora Elena pula. Korang tunggulah aku update lagi ya. Hehe.



Wednesday, 27 March 2013

Aku dah dilanda demam Setia Hujung Nyawa

No comments:
Assalamualaikum ..


 
Drama Setia Hujung Nyawa dah berakhir pada 7 febuari nie. Emm, memandangkan di hostel aku tak ada television so tak lah dapat menonton  drama setia hujung nyawa nie. Aku pelik ramai orang post kat FB pasal drama nie. Aku pun tertanya best sangat ka drama nie. Yang aku tahu drama nie adaptasi daripada novel Setia Hujung Nyawa karya Fatin Nabila. Masa aku baru pulang dari kelas, roommate aku, Kak Nisa tengah dok layan tengok drama nie. Aku pun menyelitkan lah diri nak tengok apa yang gempak sangat dengan cerita nie. Bila dah tengok satu episode ja terus hati nie tertarik nak tengok episode seterusnya. Aku akui cerita nie memang best sangat-sangat. Rugilah aku tak tengok sebelum nie. Hehe
Nak dijadikan cerita, aku nie memang ada perangai macam Ersalina sikit. Sikit je lah tak banyak. Haha. Aku memang kaki laptop. Aku boleh tahan duduk depan laptop selam 9 jam tanpa henti dan suka tengok drama Jepun dan Korea sampai tidur lewat. Hehe. Memandangkan sekarang aku tengah cuti mid term. Aku memang menghabiskan tengok drama Setia Hujung Nyawa nie. Mamy aku hairan kenapa aku asyik senyap ja. Habis mandi, masak terus masuk bilik berperap depan laptop. Bila mamy aku masuk bilik dan tanya ..

“ Tengok apa tuh? Drama Korea nie kan. Kalau tak drama Jepun”
“ Tak lah. Nie drama yang ada kat TV3 tuh, Setia Hujung Nyawa”
“Aiikk. Pelik. Sejak bila pula pandai tengok drama Melayu nie”

Nampak kan. Mamy aku pun pelik tetiba aku layan drama Melayu. Hehe. Honestly, Drama nie memang menarik minat aku dan sebab tuh aku demam tengok drama nie. Zain dan Er memang sweet dan bahagia je meskipun mereka ada krisis dalam perkahwinan. Hehe. Terus rasa nak kahwin pula. Erkk ? erkk ? terus pikir macam tuh. Gatai bebenor. Haha. Mamy aku tak kan bagi kahwin buat masa sekarang. Yalah, aku kan masih belajar kena-kena pula anak bongsu mak aiii. Susah sangat lah nak lepaskan aku. Hehe.

Berbalik kepada cerita setia hujung nyawa nie aku nak bagi sejuta terima kasih dan ucapan tahniah buat pengarah drama nie dan pelakon-pelakon Setia Hujung Nyawa. Korang dah tarik hati aku tengok drama korang sampai habis dan tarik minat aku tuk menyokong dan menonton drama Malaysia. Aku akui drama Malaysia kini dah ada peningkatan dan boleh berdiri sama level dengan drama dari Indonesia, korea, dan Jepun. Tahniahhhh ^^