Thursday, 26 April 2012

TIPS: How to take care of your skin ? ...

No comments:
Assalamualaikum ..

Yeay! For the first time aku buat tips. ^^ Aku nak sangat kongsi tips ne dengan korang. Actually aku sejak kebelakangan nie sangat sensitif dengan hal jeragat & parut muka. Haha! Maklum la perempuan kan. So, Nak cara jaga muka memang senang ikut je tips ne. ^^

1. Cuci muka dengan air suam.

Kebanyakkan & selalunya orang cuci muka guna air besa ja kan. Sebenarnya, kebaikan mencuci muka dengan menggunakan air suam dapat membuka pori2 kat muka & sekaligus mempermudah membersihkan kotoran dimuka.

2. Pakai krim muka yang bersesuaian dengan anda.

Habis ja cuci muka tuh. Lapkan muka dengan tuala & terus pakai krim. Tak kisah la apa jenis krim muka yang korang pkai. Macam aku, aku guna krim muka yang murah dan biasa je, Fair & Lovely Multi Vitamin Crim. Apa pun, pakai krim muka yang sesuai dengan muka korang tau. Jangan main hantam sajalah pakai krim, nanti ada masalah. Siapa yang susah? korang juga. Tapi, kalau korang nak try krim muka yang organik. Ada caranya, ambik sebiji tomato belah dua. & letakkan sedikit garam. Gunakan sebelah untuk siang & sebelah lagi untuk malam.

 3. Guna penyegar muka atau toner. 

Erk, apa tuh toner? Ada yang tahu & ada yang tak tahu kn. Toner itulah adalah cecair yang berfungsi untuk penyegarkan muka. Emm, Aku x ada toner. Sebab toner tuh mahal la sikit. So, aku just guna toner yang paling murah iaitu ais batu. Senang ja kan nak dapat.  Korang boleh guna toner dulu baru pakai krim & toner juga korang boleh guna masa nak tidur atau nak relaks2 kat rumah tanpa guna krim.

4. Minum air banyak2.

Minum air banyak2 memang baiklah tuk kesihatan & kulit kita. Tapi, jangan minum air non stop. Kembung pula perut korang. Minum lah mengikut masa. Kalau korang selalu amalkan, kulit korang tentu nampak lebih sihat & x kering. Okay lah. Aku dah cuba tau. Alhamdulillah. Hasilnya pun dah mulai nampak. Anyway, aku ucapkan SELAMAT MENCUBA. ^^ Daa ~