Friday, 10 August 2012

Suka hati ja bercakap yaaaaa !!!!

No comments:
Assalamualaikum ...

Sejak kebelakangan nie heboh la kat facebook pasal ada beberapa insan yang pemikirannya masih kat dalam tempurung macam katak. Mereka telah melemparkan kata-kata yang menyebabkan aku & puluhan ribu penduduk kat negeri dibawah bayu nie marah. 






Nampak kan sendiri kata2 mereka nie. Ini betul membangkitkan kemarahan kepada penduduk Sabah. Mereka nie  nama sahaja mempunyai pikiran & pelajaran tinggi namun minda seperti budak 7 tahun. Bagi pendapat aku, orang seperti nie seharusnya berada di ISA kerana membangkitkan isu perkauman.  

Aku nak sangat jawab soalan mereka nie terutama lelaki-lelaki tuh. Tapi tak payahlah buat kurang pahala puasa aku ja di bulan Ramadhan nie. huhu ~ Em, gambar kat bawah nie aku rasa summary untuk menjawab soalan kalut & B---h mereka tuh. haha ! ^^



New Sabah Times, Daily Express, & The Borneo Post merupakan suratkhabar di Sabah yang mempunyai tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris & bahasa Kadazan. How cool was it ?. Aku nak nasihatkan kepada mereka nie agar stop melayari laman  sosial tapi mulakan melayari google untuk mengkaji mengenai Sabah dengan lebih teliti agar minda mereka nie terbukalah dengan luas.


Selain daripada itu, aku ada terbaca komen-komen yang superb Fantastic seperti budak PhD bah. Haha !




 Aku anak jati Sabah dan aku bangga menjadi Sabahan. Aku suka menggunakan perkataan bah. Aku sukakan alam semula jadi kerana aku pencinta alam sekitar. Selain itu, aku ada dua orang pak cik yang bukan orang Sabah tapi orang Semenanjung, seorang Kedah & seorang lagi orang Pahang tetapi mereka lebih suka tinggal di Sabah.


Untuk makluman lanjut, isu ini telah dilaporkan kepada pihak Polis. Tunggu saja lah tindakan yang bakal menyusul bagi mereka ini.

Daa ~ sayonara ^^



Thursday, 17 May 2012

Jenis Darah dan Personaliti ..

No comments:
Assalamualaikum ...

Aku ada baca tempoh hari dekat sebuah website tentang jenis darah mempunyai personaliti sendiri. Itu agak interesting bagi aku. Tak sangka yang setiap jenis darah mempunyai personaliti yang berbeza. 

  
Aku dalam kategori darah Jenis O. Ada beberapa yang aku setuju & tak setuju. Aku tak setuju tuh, aku ne x lah sangat suka jadi ketua dalam kumpulan. Berat tuh tanggungjawabnya. Huhu ~ Terlalu serius hingga memberi tekanan pada diri sendiri, emm. Maybe betul juga.. Aku x pasti lah. Hehe ! kadang2 aku nie kuat main juga.  Tapi ada 1 perkara yang aku paling setuju sangat2, pasal Setia. Admitted yang aku ne jenis yang setia. Setia tuh juga lah yang menyebabkan aku kecewa. woah! Stop! x mau cerita.

^^ Korang pula ? Darah jenis apa A, B, AB atau O. Kalau korang O. Sama lah kita kan. Hehe!




Monday, 14 May 2012

Ais & Mekap

1 comment:
Assalamualaikum ..

Siapa yang bermekap terutama bila pakai bedak, bedak tuh x nampak blend dgn muka. Senang kata bila pakai bedak, muka x nampak licin. Ada kan ? Korang jenis yang cepat berpeluh  ka? & itu merosakkan muka korang. So, aku nak bagi tips lah nie. Tips ne aku dapat dari akak sepupu, memandangkan aku nie jenis kuat berpeluh & habis hancur mekap terutama bedak muka. Alhamdulillah! Bila cuba tips ne sememangnya berhasil.


Pertama: Ambil ais kiub & letakkan keseluruh muka. 
Kedua: Keringkan muka dengan tuala. 


Pastikan muka tuh dah kering tau.Because, kalau x kering, bedak x blend kat muka. Dah dapat tips ne, cuba lah ya. ^^


Thursday, 26 April 2012

TIPS: How to take care of your skin ? ...

No comments:
Assalamualaikum ..

Yeay! For the first time aku buat tips. ^^ Aku nak sangat kongsi tips ne dengan korang. Actually aku sejak kebelakangan nie sangat sensitif dengan hal jeragat & parut muka. Haha! Maklum la perempuan kan. So, Nak cara jaga muka memang senang ikut je tips ne. ^^

1. Cuci muka dengan air suam.

Kebanyakkan & selalunya orang cuci muka guna air besa ja kan. Sebenarnya, kebaikan mencuci muka dengan menggunakan air suam dapat membuka pori2 kat muka & sekaligus mempermudah membersihkan kotoran dimuka.

2. Pakai krim muka yang bersesuaian dengan anda.

Habis ja cuci muka tuh. Lapkan muka dengan tuala & terus pakai krim. Tak kisah la apa jenis krim muka yang korang pkai. Macam aku, aku guna krim muka yang murah dan biasa je, Fair & Lovely Multi Vitamin Crim. Apa pun, pakai krim muka yang sesuai dengan muka korang tau. Jangan main hantam sajalah pakai krim, nanti ada masalah. Siapa yang susah? korang juga. Tapi, kalau korang nak try krim muka yang organik. Ada caranya, ambik sebiji tomato belah dua. & letakkan sedikit garam. Gunakan sebelah untuk siang & sebelah lagi untuk malam.

 3. Guna penyegar muka atau toner. 

Erk, apa tuh toner? Ada yang tahu & ada yang tak tahu kn. Toner itulah adalah cecair yang berfungsi untuk penyegarkan muka. Emm, Aku x ada toner. Sebab toner tuh mahal la sikit. So, aku just guna toner yang paling murah iaitu ais batu. Senang ja kan nak dapat.  Korang boleh guna toner dulu baru pakai krim & toner juga korang boleh guna masa nak tidur atau nak relaks2 kat rumah tanpa guna krim.

4. Minum air banyak2.

Minum air banyak2 memang baiklah tuk kesihatan & kulit kita. Tapi, jangan minum air non stop. Kembung pula perut korang. Minum lah mengikut masa. Kalau korang selalu amalkan, kulit korang tentu nampak lebih sihat & x kering. Okay lah. Aku dah cuba tau. Alhamdulillah. Hasilnya pun dah mulai nampak. Anyway, aku ucapkan SELAMAT MENCUBA. ^^ Daa ~




Friday, 10 February 2012

Diet ikut jenis darah ?

No comments:
 Assalamualaikum ..

Pelik x kan title entry aku hari nie, "Diet ikut jenis darah". Kalau crita pasal diet mesti kaum hawa suka dengar kan. Yalah, diet & kecantikan sangat sinonim dengan kaum hawa. Aku dapat artikel ttg nie kat majalah nona edaran oktober 2010. Sebelum aku berceloteh, pastikan korang dah tau jenis darah masing2. Okay ! ^^




Diet untuk golongan darah A 

Menurut, Dr Peter J. D'adamo, pemilik darah jenis nie lebih sesuai amalkan diet vegetarian. Golongan ne juga di katakan mempunyai risiko mendapat alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluaran pernafasan kerana darah jenis A menghasilkan kandungan lendir yang banyak berbanding darah jenis lain .
  
Ciri-ciri diet untuk golongan darah A

*Memiliki sistem pencernaan yang sensitif.
* Perlu hindari pengambilan makanan berasaskan susu & daging.
* Perlu mengambil makanan yang berkarbohidrat tinggi, tetapi rendah lemak.


Diet untuk golongan darah B

Pemilik darah jenis B digalakkan mengambil banyak sayuran hijau yang kaya dengan magnesium kerana mereka terdedah kepada jangkitan penyakit seperti imunisasi dan serangan virus.

Ciri-ciri diet untuk golongan darah B

*Amalkan diet dengan pelbagai jenis variasi makanan tetapi perlu hadkan pengambilan daging.
* Digalakkan pengambilan makanan dan minuman yang berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan. 


Diet untuk golongan darah AB

Pemilik darah jenis AB perlu mengabungkan diet pemakanan dari gabungan darah jenis A & B. Golongan ini berisiko untuk dijangkiti  penyakit sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.


Ciri-ciri diet untuk golongan darah AB


*Memiliki sistem pencernaan yang sensitif.
*Pengambilan jenis makanan yang disyorkan adalah makanan laut, semua jenis telur kecuali telur itik, susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang tanah, semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
* Hadkan pengambilan daging lembu, udang, dan ikan, susu dan semua produk susu yang diproses. Kekacang boleh diambil tetapi kuantiti yang sedikit. Makanan berasaskan gandum juga disyorkan untuk dikurangkan pengambilannya. * Digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.


Diet untuk golongan darah jenis O


Pemilik darah jenis ni harus mengurangkan pengambilan semua jenis bijirin, pasta & nasi.
Berpotensi untuk menghidapi radang dan kerosakan organ seperti arthritis sekiranya makanan yang diambil tidak bersesuaian mengikut diet.


Ciri-ciri diet untuk golongan darah jenis O


* Memiliki sistem imunisasi tubuh yang tinggi.
* Digalakkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan dan sayur-sayuran.


Walaubagaimanapun, diet tuh diet juga tapi perlu kan senaman. Senaman dapat mendapatkan tubuh badan yang lebih bertenaga dan mengelakkan stress. 



p/s : lapar tapi x blh makan nasi kena jaga badan. haha !